Penerbitan 101 Dalmatian Street

101 Dalmatian Street berdasarkan persembahan singkat oleh Anttu Harlin dan Joonas Utti daripada Gigglebug Entertainment di Finland kepada pasukan animasi asli Disney di London. Pasukan ini membangunkan jalan cerita dengan Passion Animation Studios, yang menerbitkan siri ini.[3] Animasi pada episod-episod dibuat oleh Atomic Cartoons, sebuah studio yang berpangkalan di Vancouver, British Columbia, Kanada[2][55], sementara sebilangan tayangan singkat yang membintangkan watak-watak diterbitkan oleh Gigglebug. Semua episod dan tayangan singkat bersama-sama dianimasikan dengan perisian Toon Boom Animation. Pada asalnya, 26 buah episod dengan 48 buah segmen 11 minit dan 2 buah episod istimewa 22 minit bakal dibangunkan, tetapi bilangan ini kemudian diubah kepada 20 buah episod dengan 30 buah segmen 11 minit dan 5 buah episod istimewa 22 minit. Bilangan ini diubah lagi kepada 25 buah episod dengan 40 buah segmen 11 minit dan bilangan episod istimewa sama kekal walaupun sesetengah sumber mengatakan bahawa ada 26 buah episod dan bukan 25. Menurut slot TV dan pemisahan episod istimewa kepada dua bahagian 11 minit, ada pengesahan bahawa siri ini hanyalah diterbitkan sebagai siri episod 11 minit, lalu bilangan episod menjadi 50.

Para pencipta mendakwa di festival filem Annecy bahawa mereka dengan sengaja tidak pernah menonton susulan langsung ke video, filem aksi langsung atau siri asli, dan hanya menonton filem asli. Mereka kerap perlu menipu dalam mengekalkan bilangan bagi 99 ekor anjing, maka terdapat sebilangan tangkapan skrin yang mempunyai bilangan anak anjing yang melebihi 101 ekor.[7]

Siri ini diarahkan oleh Miklós Weigert dengan para pengarah episod Jez Hall dan Frédéric Martin dan Maria O'Loughlin merupakan ketua pengarang. Cara Speller berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.[1] Musim kedua sedang dalam pembangunan.[56]

Rujukan

WikiPedia: 101 Dalmatian Street http://atomiccartoons.com/projects/101-dalmatian-s... http://doublezcreative.com/WorkInfo.php?id=61 http://www.imdb.com/title/tt7019028/ http://oneofus.net/2018/11/review-101-dalmatian-st... https://www.foxtel.com.au/tv-guide/101-Dalmatian-S... https://tv.fr.disney.be/_schedule/full/20200123/1/... https://tv.fr.disney.be/_schedule/full/20200124/1/... https://www.awn.com/news/new-voice-talent-spotted-... https://www.cartoonbrew.com/tv/passion-pictures-te... https://d23.com/chip-n-dale-original-series-coming...